Thursday, 28 February 2013

HAIWAN TERNAKAN RAJA ARIF YANG DIKUTIP DARI TONG SAMPAH!!

KESIAN aku tengok salah seorang blogger UMNO yang agak tersohor satu masa dulu. Nama diberi Zulnun. Nama pena Panglima Perang Cyber yang juga Yang DiPertua Blogger Pembela Negara. Di alam realiti individu ini bekerja di bawah agensi Biro Tata Negara (BTN) yang dipertanggungjawabkan oleh tuannya untuk menjaga Unit Media selepas mencantas Yamani (bekas Ketua Unit Media BTN). Sebelum dikutip, Panglima Perang Cyber a.k.a Ustaz Zulnun bekerja mengajar budak-budak mengaji (Alhamdulillah...) tapi selepas diambil oleh Saghul (bekas Ketua Pengarah BTN) hilang ketayap, hilang serban.

Itulah serba ringkas tentang individu yang dikatakan mempunyai pengaruh besar dalam dunia maya. Katanya rankingnya tinggi. Kalah Sanggah Tok Janggut (baca artikel di SINI). Tak tahu lah celah mana yang beliau mengatakan yang ranking blognya berada dalam kedudukan terbaik. Celah kangkang Raja Arif kot. Tak tahu lah. Lantak dia lah nak claim apa pun. Al-maklumlah, YDP Blogger Pembela Negara yang entah siapa ahlinya.

Dalam blognya baru-baru ini jenuh menepis yang mengatakan gambar di atas adalah bukan atau ya tentang identiti sebenar. Nak glamour kena la tunjuk muka sikit. Bukan tak segak. Muka pun dah ada gaya YB PAS. Tak salah kalau lepas ni balik Tumpat, berkempen atas pentas ceramah fitnah PAS. Tak salah kalau jadi munafik sekejap sementara PRU ni. Di Kelantan jadi orang PAS, balik Putrajaya jadi orang UMNO. Dah banyak sangat orang yang macam ni. Pandai mengampu, pandai ambil kesempatan.

Dengan bersungguh-sungguh juga yang Ustaz Zulnun a.k.a Panglima Perang Cyber ni mempertahankan Raja Arif. Yela. Nak jadi orang kanan, kena lah jilat lebih sikit. Cium mulut sekali dengan Raja Arif si penaung ABIM tu. Tak ada orang nak hairan pun sebab dalam BTN sendiri pegawai lain dah cukup menyampah dengan Ustaz Zulnun ni.

Setakat bagi jawapan standard budak sekolah rendah baik tak payah. Harap je pangkat tinggi gred 41 tapi nak jawab isu Raja Arif pun tak lepas. Konon hebat sangat. Tapi sayang, yang diinterview hanya berpandukan sebelah pihak sahaja. Cuba lah tanya kepada orang yang teraniaya. Kalau tanya Raja Arif je memang lah dia boleh kata ikut prosedur perpindahan BTN. Ptuihh!!

Panglima Perang Cyber jangan nak meroyan sangat lah. Kalau aku nak bongkar ni tak cukup ruang aku nak tambah. Ada apa-apa nak komen ke?

Cuma tolong tanya pada Raja Arif kenapa bagi peruntukan RM75,000.00 pada ABIM Sabah untuk buat program budak sekolah rendah. Pengarah BTN Sabah kata memang ada. Tapi itu semua urusan BTN Putrajaya yang ditandatangi ceknya oleh Raja Arif sendiri. Boleh tolong beri pencerahan?

Friday, 1 February 2013

PANGLIMA PAKAR JILAT SEMAKIN MENGGANAS DI BTN!!


Tahniah kepada Panglima Perang Siber atau nama sebenarnya Ustaz Zulnun yang merupakan pegawai BTN yang berani tonjolkan kebenaran.semoga dengan keberanian itu boleh meletakan Ustaz Zulnun sebagai kucing parsi untuk dua zaman. Zaman ini mungkin akan dinaikan pangkat selepas ini... Namun keberanian itu makin menunjukkan kebodohan dan menyerlahkan lagi sikap seorang Ustaz yg meletakan wang ringgit sebagai matlamat bukannya kebenaran...

Rasanya ilmu yg dipelajari bertahun di Timur Tengah telah diletak dibawah kaki... Tak ubah seperti orang PAS.. Atau ustaz ni pun cuma menyokong kerajaan sewaktu duduk di KL, bila balik Kelantan turut menyokong PAS...

(Mahu bukti?). Ustaz yang gah menggunakan nama sebagai Panglima Perang Siber ni pun cuba mengaitkan blogger sebagai mata duitan dan menulis kerana duit..

Jujur sajalah.. Apakah ustaz ni tidak dibayar oleh pihak luar? Gaji diterima oleh dari BTN, tetapi tetap rakus mengejar duit dari pihak luar... Apakah itu namanya amanah? Apakah gaji yang diterima setimpal dengan mutu kerja yg selalu hilang dari pejabat? Atau itu halal kerana Panglima adalah seorang ustaz... Bagus sangat contoh yang diberi pasal perpindahan.

Apakah perpindahan Khailani tu sama dengan yang lain? Khailani pindah kerana Raja Arif nak anak terengganu jadi Pengarah. Zilam dipindahkan kerana memang dia yang mahu, Khailani di naikkan pangkat, walaupun begitu Ustaz dah pergi tanya ke isteri dan anak-anak Khailani kesan dari seorang ayah dipindahkan? Apakah mereka sedang berseronok kerana ayah di pindahkan? Apakah kontrak-kontrak yang diberi kepada anak abah itu telus melalui proses jawatankuasa yg ditubuhkan? 

Sebab itu Panglima yang mengenali BTN secara tiba-tiba dan terus menjadi kucing parsi zaman Shagul dan kini zaman Raja Arif tak usahlah nak buka pekong blogger, pekung BTN dan pekong sendiri...

Ada waktunya diam itu lebih baik dari berkata-kata...semoga Ustaz jadi penyokong kerajaan tak kira di mana berada sama ada di Mesir, KL dan juga Kelantan....

Untuk melihat keikhlasan perjuangan ustaz yang setaraf dengan panglima perang Islam sebagai mana yang ustaz berikan contoh, dicadangkan supaya ustaz ini ditukar kemana-mana negeri kecuali Sabah dan ditarik balik taraf kucing parsi yang dimilikinya....

Untuk lihat juga ketulusan perjuangan ustaz,minta ustaz ini pergi ceramah atas pentas UMNO di Kelantan khususnya di sekitar Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu...

Kita juga minta ustaz ini jujur sebagai mana yang dia pelajari dalam agama bersumpah bahawa dia tidak pernah kutuk Raja Arif sewaktu bercakap dengan birasnya yang juga bekerja di MKN...