Friday 25 January 2013

Raja Arif BTN Beri Bantuan Kewangan Kepada Pendemo #KL112?


Ustaz Aziz Abas BEKAS CALON PKR (berbaju kuning) menghadiri perhimpunan haram HKR baru-baru ini.

Ingatkan Ustaz ini telah insaf selepas beliau dan Rosli Abdullah, pegawai penyelidik Yayasan Tok Kenali (penyelidik PAS) berjumpa dengan Haji Hanafi Timbalan Ketua Pengarah (latihan) Biro Tata Negara.

Rupa-rupanya perjumpaan itu mempunyai rahsia yang lain (saya tau yer) , ini kerana Ustaz itu masih mengganas di dalam perhimpunan haram HKR baru-baru ini.

?..Jadi apa tujuan sebenar Haji Hanafi Timbalan Ketua Pengarah (latihan) BTN yang menaiki pesawat MAS dari KL ke Terengganu dan mengadakan pertemuan di Lata Belatan Besut bersama-sama Ustaz Aziz Abas dan juga Rosli Abdullah....

APA TUJUAN PERJUMPAAN ITU?
APAKAH DENGAN ARAHAN DARI Raja Arif?
APAKAH MEMBERI BANTUAN KEWANGAN UNTUK BERDEMO DI HKR?
ATAU KERANA MEREKA BERDUA ADALAH ORANG ABIM?
ATAU...ADAAAAAAAAA RAHSIA LAGI BESAR??
 

PAS Tidak Akan Ikut Anwar Ibrahim Jual Kalimah Allah


KUALA TERENGGANU 24 Jan. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib percaya pemimpin Pas tidak akan 'terikut-ikut' dengan pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tetap membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Tegas Harun, beliau sendiri tidak akan berganjak daripada pendirian menyokong keputusan Majlis Syura Ulama yang dibuat pada 13 Januari lalu bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.

Menurut beliau, terpulang kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sama ada menerima atau menentang keputusan Majlis Syura Ulama berhubung perkara itu.

"Ikut suka dialah (Anwar). Kalau dia tak setuju atau sokong keputusan Majlis Syura Ulama, itu dia punya pasal. Tapi saya tetap dengan pendirian bersama-sama Majlis Syura Ulama yang memutuskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.

Tuesday 15 January 2013

APA HUBUNGAN RAJA ARIF KP BTN DENGAN PENYOKONG TEGAR ANWAR IBRAHIM??


Irmohizam Ibrahim (kanan) ini semasa berada di UIA adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim....

Sekarang Biro Tatanegara di atas arahan Raja Arif membayar makyeh ni RM5,000.00 sebulan.....persoalannya apa sebab membayar RM5,000.00 tu...

Hal ini pun jika pengarah-pengarah Biro Tatanegara negeri mendiamkan diri juga ini bermakna bersama SUBAHAT makan duit haram. - sumber

JANGAN DITANYA KENAPA BTN SEKARANG DAH TAK MACAM DULU LAGI. SEBAB ADA TALIBARUT ANWAR DALAM BTN. TAK DAPAT KUASA, DAPAT HARTA. DUIT HABIS DISONGLAP DEMI KEPENTINGAN PERIBADI.

PENYOKONG TEGAR ANWAR IBRAHIM MASIH MENJADI TUAN DI JABATAN KERAJAAN.

APAKAH INI JUGA KONSPIRASI UNTUK JATUHKAN KEPIMPINAN NAJIB??

KEBANGKITAN SAYAP KIRI UMNO!!! BONGKAR PARASIT KERAJAAN!!

KEBANGKITAN PENYOKONG UMNO DEMI MEMBONGKAR PARASIT-PARASIT YANG MASIH BERSISA!! MASIH BERBAKI!! DALAM KERAJAAN PIMPINAN NAJIB!!

MARI BERSAMA KITA BANTERAS SINDROM ANWARISME DALAM KERAJAAN!!

SEDAR SEKARANG LEBIH BAIK DARI MENYESAL!!

Thursday 10 January 2013

PENGKHIANAT NEGARA RUPANYA KETUA PENGARAH BTN



Makin terbelit nampaknya kes Biro Tatanegara (BTN) ini setelah pendedahan demi pendehan dibuat oleh blogger-blogger dan facebooker tempatan terhadap kepimpinan utama agensi tersebut yang dibayangkan sebagai mengkhianati kerajaan.

Surat permohonan BTN menyediakan sijil kursus untuk ABIM Sabah.


Antara pendedahan yang dibuat ialah hubungan baik Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan BTN sendiri. BTN diminta untuk menyediakan sijil untuk Program Latihan Kepimpinan Muda anjuran ABIM dan ini mendatangkan keraguan mengapa pula BTN diminta berbuat demikian jika tidak ada hubungan baik antara mereka.
ABIM yang selama ini memang diketahui tidak menyokong kerajaan dan juga sarang utama melahirkan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tegar menentang kerajaan (klik sini). Apa yang berlaku ini menimbulkan persoalan apa sebenarnya yang membuatkan BTN sanggup bekerjasama dengan ABIM dan yang paling menarik apakah tujuannya?.

Selepas cerita mengenai BTN ini dikeluarkan, pihak-pihak dari sebelah BTN telah mula menyerang blogger dan facebooker yang mendedahkan perkara tersebut.
Mengapa perlu menyerang sedimikian rupa jika apa yang mereka lakukan tidak salah?.. Selepas diteliti motif sebenarnya ialah untuk mempertahankan Datuk Raja Arif selaku Ketua Pengarah BTN dan pembuat keputusan dalam agensi berkenaan (mohon pencerahan). 
BTN sebenarnya tidak terlibat dalam hal ini kerana ianya hanyalah sebuah agensi sebaliknya Datuk Raja Arif sendiri harus bertanggungjawab dan menjawab persoaln yang telah menjadi perbualan ini (klik sini) 
Datuk Raja Arif terus membisu seribu bahasa, tanpa menjawab terus menghantar tentera-tentera sibernya menyerang sesiapa saja yang menulis tentang dirinya. Itu secara tidak langsung menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.
Lalu pendedahan seterusnya dibuat berkenaan risalah BTN yang dikontrakkan kepada musuh. Risalah yang di sebarkan oleh Biro Tatanegara di sunting oleh Sahlan Nasution abang kepada Saifuddin Nasution Ismail iaitu SUPOL Najib Razak PM kita.
Kenapa kontrak percetakan di berikan kepada syarikat Ilham Baru Publication Sdn Bhd yang berkongsi alamat dengan anak syarikat IKD (Institut Kajian Dasar) yang di ketuai oleh Khalid Jaafar dan di biayai oleh Kamaruddin Jaafar (pesuruhjaya PAS - Parti Islam Se-Malaysia (فاس).
IKD ADALAH THINK TANK Anwar Ibrahim.

Soalan RM 73 000.00 masih belum dijawab sudah keluar pula soalan mengapa kontrak diberikan kepada musuh? (klik sini)
Pendedahan seterusnya adalah berkenaan peruntukan RM 1 Juta (RM 1 000 000.00) yang diberikan kepada seseorang untuk sebuah program berbasikal. Bagi aku peruntukan sebanyak itu terlalu besar dan tidak masuk akal bagaimana RM 1 Juta boleh dihabiskan hanya untuk berbasikal. 
Jika benar program tersebut ada, berapa jumlah sebenar membiayai program dan dimanakah bakinya? (mohon pencerahan).
Dipendekkan cerita, siapakah Ahmad Fairuz (klik sini) hingga diberikan peruntukan sebesar itu dan apa kaitannya dengan Ketua Pengarah BTN? (Mohon pencerahan sekali lagi).
Tidak habis dengan itu, timbul pula cerita baru Datuk Raja Arif menaja pula bebeapa orang yang kontroversi statusnya untuk bercuti. Dikatakan ini adalah bertujuan untuk membantunya bertanding di Parlimen Kuala Nerus.
Nampaknya kekuatan BTN juga dihalakan ke Parlimen tersebut. Mengapa?
Jawapannya (Klik Sini) 

Dan pendedahan yang ini aku "copy" terus dari seorang facebooker berbuyi:
"Kawan nak mengucapkan Tahniah di atas pegesahan yang di buat oleh PANGLIMA PERANG SIBER (USTAZ ZUNNU) ketua unit media Biro Tatanegara kira macai Raja Arif lah dia ni) yang cuba menjawap beberapa isu yang facebookers dan blogger ungkit...tetapi makin menampakkan kesahihan cerita kami semua.....dah naik grade ke belum Zunnu?

Kan dah kata dah memang benar Biro Tatanegara tu tempat pembiakkan ABIM dan kader Anwar Ibrahim...

Fellow Kehormat BTN Wan Mohd Nor Wan Daud adalah bekas SETIAUSAHA SULIT Anwar Ibrahim dia ni makan keliling....gaji dengan UKM dia balun dan dia juga balun RM5,000.00 sebulan ngan BTN belum lagi cerita royalti buku yer....rezeki dia lah sebab pandai....pandai mem******......

Apaguna menjadikan dia sebagai Fellow Kehormat dan dalam masa yang sama asas BTN adalah "DALE CARNAGIE" (nanti saya terangkan apa menatang ni) dan asas itu tidak di amalkan....kalau betul nak mengambil FELLOW KEHORMAT kenapa tidak melantik Syed Naqib (mamat ni bukan orang Anwar) kenapa mesti Wan Mohd Nor (sebab dia orang Anwar)?

BTN ini telah di rosakan oleh Raja Arif, Haji Hanafi dan juga Haji Mokhtar....Raja Arif rasa dia kebal di sebabkan di belakang dia ada Sahlan dan juga dua nama lagi (nanti saya dedahkan siapa dua nama itu)....ko tunggu lah nasib malang yang nak datang tu Raja Arif oiiiiii.....

TAHNIAH Najib Razak kerana meletakkan manusia yang pernah meludah, mengkahakkan dan memijak UMNO di dalam agensi Kerajaan."
#6
Tujuan sebenar artikel ini ditulis bukanlah untuk menghentam atau menyalahkan BTN sebaliknya untuk mencari jawapan kepada persoalan yang paling besar iaitu "PENGKHIANAT NEGARA RUPANYA KETUA PENGARAH BTN".
Jangan asyik nak saman, kami golongan blogger bukan orang kaya macam kamu dan kami tidak takut untuk disaman kerana apa yang kami tulis hanyalah "persepsi". Kami mohon pencerahan, Jika tidak katakan tidak dan jika ya maka faham-fahamlah sendiri.
BTN adalah sebah agensi keramat yang telah banyak melahirkan pemimpin hebat disepanjang penubuhannya dan ianya harus dikekalkan. BTN tidak memerlukan seorang pemimpin yang "Korup" atau banyak helah dan mengelak.
Akhir kata, Tak Perlulah nak sama kerana banyak lagi perkara pelik akan menyusul selepas itu dan ianya akan lebih memalukan. Jawapan mudah kepada semua persoalan ini "BERUNDURLAH" tetapi jika semua ini hanyalah fitnah maka pertahankanlah hingga ke titisan "AIR LIUR" yang terakhir bersama bahan bukti yang lengkap. Insyaallah... ALLAH SWT sentiasa berada di pihak mereka yang benar.
 

Thursday 3 January 2013

Nasharudin vs Guan Eng - Kalimah Allah.


KUALA LUMPUR 2 Jan. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan sama ada beliau akan turut menuntut penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Tamil dan Mandarin seperti tuntutannya terhadap Bible versi bahasa Melayu.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, penjelasan tersebut perlu untuk mengetahui niat sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhubung tuntutan yang dilakukan.

"Saya mahu tanya Guan Eng mengenai penggunaan kalimah Allah ini, adakah beliau akan tuntut digunakan juga dalam Bible versi bahasa Tamil dan Cina (Mandarin)?

"Kerana kalau tidak guna kepada kedua-dua Bible versi itu, mengapa beliau sibuk sangat nak gunakannya dalam Bible versi bahasa Melayu? Adakah beliau ada agenda tertentu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas isu kalimah Allah, kata nama khas bagi Tuhan orang Islam yang dicetuskan semula oleh Guan Eng dalam perutusan sambutan Hari Krismas baru-baru ini apabila menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah itu dalam Bible versi bahasa Melayu.

Tindakan beliau telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak yang marah serta menuntutnya menarik balik kenyataan dianggap sengaja menghina umat Islam di negara ini.

Kenyataan Guan Eng itu turut mengundang komen Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.

Menurut Harun, agama lain termasuk Kristian tidak berhak sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu.