Monday 27 May 2013

BONGKAKNYA KETUA PENGARAH BTN BERNAMA RAJA ARIF DALAM KERAJAAN!!!


Lagak bongkaknya sebagai pengamal mazhab Dale Carnagie memulakan tugas dengan mengatakan bahawa Anwar Ibrahim bukan musuh dan tidak perlu pegawai-pegawai BTN bercakap ataupun menyerang Anwar malah mungkin bagi Raja Arif, BTN bukannya agensi yang boleh memberi sumbangan kepada politik sebaliknya BTN hanya agensi yang menjual serta menjaja produk 1Malaysia dan sebab itulah barangkali logo korporat BTN ditukar dan digantikan dengan logo 1Malaysia.Inilah permulaan kepada kemandulan BTN.

Memulakan langkah memasuki semula BTN  dengan lagak  angkuh  dan bongkaknya menafikan apa sahaja yang telah dibuat oleh Ketua-Ketua Pengarah sebelum ini seolah-olah semua Ketua Pengarah sebelumnya adalah bodoh dan semua ini dilafazkan dengan kata-kata sindiran dan bahasa badan yang menunjukkan isyarat memasuki semula BTN dengan membawa dendam kesumat yang amat jahat.

Permulaan yg mula mendapat tepukan gemuruh daripada pencacai yang hanya mementingkan tembolok masing-masing dan bagaikan anjing yang tersepit Meneruskan tugas awal dengan membuang pegawai-pegawai kanan daripada legasi lama yang lebih faham tentang ancaman keselamatan dan soal politik kerana bimbang agenda tersiratnya nanti akan bocor kepada pihak luar dan mendapat tentangan. Kesian apa yang berlaku kepada Abd Wahab Jusoh.

Ghairah Raja Arif sebagai Ketua Pengarah dimulakan  dengan menggunakan wang yang banyak yang diberikan kepada BTN untuk tujuan melatih rakyat memahami aspirasi nasional tetapi dalam masa yang sama cukup bijak memperdayakan pejabat PM sehinggakan tidak dapat melihat apa yang tersirat disebalik  wajah anak kampung yang di kutip semula oleh Idris Jusoh setelah terpelanting dari tampuk kuasa kerana memuja Anwar dalam peristiwa 1999. 

Rupa-rupanya  biarpun pernah diberi peluang kedua oleh pimpinan UMNO dan BN kerana dosanya turut dikatakan terlibat menumbangkan kerajaan BN di Terengganu pada 1999, peluang kedua itu tidak pernah menginsafkan beliau danl angkah awal di BTN ialah menggunakan jutaan ringgit peruntukan BTN  untuk membawa masuk consultant Dale Carnalgie yang turut memuja Anwar sebagai ` trainer` yang melatih pegawai-pegawai supaya melupakan soal tanggungjawab politik sebaliknya semua memfokuskan kepada pembinaan diri sendiri.

Tanpa disedari pegawai-pegawai BTN seakan terbuai dengan teori-teori `self development’ ini sehingga terlupa tugasan mereka menjaga dan mengawalselia politik Negara dan ratusan ribu pula digunakan untuk mencetak buku-buku yang kononnya menjadi rujukan kepada konsep 1Malaysia dengan kata-kata `ini arahan PM’ hatta sanggup mencetaknya di percetakan milik Institut Kajian Dasar (IKD) tempat lubuk rujukan Anwar dan tindakan ini menjadi halal kerana satu ungkapan sahaja “ini arahan PM”.

Kempen Raja Arif hanya di Pokok Sena,kelibatnya tiada di Pekan. Selain itu, KP BTN ini juga dikatakan membawa masuk kumpulan ABIM secara terancang walaupun tahu sebahagian mereka itu adalah pemikir Anwar dengan memberikan Gred gaji yang luarbiasa walaupun ada diantaranya dibantah oleh UMNO. 

BTN juga menyalurkan dana puluhan ribu kepada ABIM Sabah yang diakui oleh KP BTN sendiri (tidak termasuk yang sulit) dan membiayai gerakan operasi PRU13 di kawasan orang ABIM bertanding termasuk  Pokok Sena yang kalah dengan bergaya. Walaupun orang UMNO membantah, KP BTN persetankan semua itu kerana beliau antara orang yang berada di` corridor of power’ dan dilaungkan dimana-mana bahawa beliau orang yang sentiasa dipanggil untuk mengadap PM Najib dan Rosmah Mansor {ada peristiwa menarik beliau dengan Rosmah Mansor,harap Raja Srif tidak lupa sewaktu majlis makan malam).

Bukan hanya dilihat memandulkan gerakan BTN untuk menjelaskan isu-isu negara kepada rakyat, BTN juga seakan-akan memperlekehkan serangan blogger dan tidak pernah yakin kemampuan cybertroopers dalam arena politik negara dan ketika PM Najib dengan  tegas mengatakan bahawa PRU13 adalah peperangan di alam maya, KP BTN dalam forum anjuran RTM pula, dengan bodoh sombongnya seakan-akan memperlekeh dan menafikan pandangan PM Najib dan sebab itu agaknya PM Najib baru tahu tentang Red Bean Army kerana KP BTN tidak pernah percaya. Baca lagi di SINI.