MALANG Raja Arif kerana sehingga kini gagal menjawab segala kritikan yang dilemparkan kepadanya tetapi dalam masa yang sama mengupah seekor dua anjing gila untuk menjadi penjilatnya dan makin kerap menyalak sehari dua ni. Kita tahu spesis anjing bila dihulurkan tulang walaupun bersalut bangkai akan dikekah juga tulang itu kerana itu spesis anjing.
Anjing ini pula jenis lama terbuang ataupun kerana tidak diberikan makan secukupnya oleh tuan terdahulu cubalah mencari kandang baru dan kebetulan barangkali Raja Arif ini suka dengan jenis bintanag yang menyalak walaupun lolongannya tak menakutkan sesiapapun,maka dibelalah aning-anjing ini.
Kita ingat Raja Arif berjiwa besar dan berlapang dada untuk menjawab kritikan tetapi malangnya Raja Arif pun sama dengan budak-budak hingus yang tengah menangis tapi bila dipujuk dengan coklat ataupun asikrim, beliau akan menyalahkan taukeh coklat kerana coklat yang dimamahnya tersangkut di celah gigi.
Kita perhatikan semenjak akhir-akhir ini anjing yang cuba mencari kandang milik Raja Arif makin kuat melolong dan anjing ini juga pernah menjadikan seorang pelajar Unisel sebagai mangsa gongongannya.Jadi elok sangatlah jenis anjing yang memang tidak bermoral memilih untuk sekandang dengan Raja Arif.
Kesian pada orang suruhan pemimpin berpangkat dalam salah satu agensi ni. Tak tahu hujung pangkal terus nak serang, terus nak tuding jari pada orang lain. Agak-agak kalau nak jilat sangat pemimpin berpangkat macam Datuk ni pergi jela jilat sorang-sorang. Jangan babitkan orang lain kalau tak tahu permulaan cerita.
Aku bukannya nak bergaduh pasal orang berpangkat yang bergelar Datuk ni. Konon hebat sangat sampai tak boleh nak jawab sendiri setiap persoalan yang diajukan. Kalau berani jawab lah jangan menggunakan blogger-blogger demi kepentingan sendiri.
Kalau dulu ada satu blogger ni namanya lebih kurang macam Panglima la menyahut seruan dan cuba menjawab segala telahan yang dikemukan. Kononnya bersifat bebas tanpa melibatkan Datuk ni, selidik punya selidik rupanya anak emas Datuk ni rupanya.
Selepas terbongkarnya identiti blogger yang bernama Panglima ni terus senyap sunyi. Sampai nak jumpa orang pun dah pakai topi sorok muka. Terkini timbul balik isu ni. Dan sekali lagi, Datuk yang punyai pangkat dan bercita-cita besar ni menggunakan orang lain pulak. Ape kes Datuk?? Mana Panglima Datuk??
Dengan tak tahu hujung pangkal cerita terus nak menuduh orang macam-macam. Jangan jadi hipokritlah... Tengok sendiri apa jadi pada agensi yang diperkatakan. Kita bercakap guna fakta, guna bukti bukan main hentam semberono je. Bukti, saksi sudah jelas menyatakan yang sedemikian rupa. Agak-agak kalau tak tahu tu cuba bawak bertanya, takut terlepas jalan nak dituju.
Bak kata orang kalau nak tahu cerita sebenar, jangan dengar dari sebelah pihak je. Jangan membabi buta menyondol tanpa usul periksa. Buruk padahnya.
Datuk ni pun satu. Kalau agak-agak nak upah blogger menjawab bagi pihak Datuk tolonglah cari satu blogger yang betul-betul tahu situasi sebenar. Jangan main tarik je, bayar tak seberapa terus setuju hentam sesama rakan blogger. Tak ke mana la beb! Buat busuk namanya.
Bukan ni bukanlah bersikap dendam. Kita nak perbetulkan apa yang nampak tak betul. Walaupun penyokong tegar BN tapi kalau yang salah tetap salah. Memang kita tak ada kuasa nak perbetulkan sebab kalau orang dah jadi orang atasan ni memang susah nak ditegur. Katanya cable kencang kanan kiri, apa dia peduli yang penting dia masih kekal di kerusi tu.
Bukan niat nak mengaibkan sesama insan ni. Tapi kalau dah ditegur pun masih kelihatan sombong dan tak boleh nak terima teguran, saluran apa lagi yang boleh kita gunapakai kalau bukan saluran blogger? Bukannya matlamat menghalalkan cara tetapi setiap teguran ada sebab musababnya. Tak perlulah nak diperkudakan oleh Datuk ni lagi. Sia-sia je... Bukan sorang dua yang dah diperkudakan, ramai....
Tak percaya? Tanya Datuk yang ko bela sangat tu....