Saturday 20 July 2013

"THIS IS THE LAST ELECTION FOR NAJIB BECOME A PM", - SAHLAN NASUTION

SELEPAS PRU13 yang telah berakhir pada 5 Mei 2013 yang lalu, setelah barisan menteri kabinet telah dibentuk oleh YAB Perdana Menteri, Najib Razak, rupanya masih ada lagi suara-suara sumbang yang memang betul-betul mahukan Najib tumbang dalam PRU13 yang lepas. Akibat tidak dapat menumbangkan Najib dalam PRU maka segala gerak kerja disusun atur dengan baik sehinggakan kroni dan talibarut pakatan diserap masuk dalam pejabat Perdana Menteri dan menjadi orang kanan/kepercayaan Najib sendiri.

Mungkinnya Najib terlalu baik hati dan lembut hati dalam penilaian. Najib dilihat punyai satu sikap mengenang jasa dan setiakawan yang tinggi sehinggakan bekas Setiausaha Politik beliau yang meninggalkan beliau untuk bertanding di Kedah diambil kembali bekerja dibawah beliau. Tapi segalanya sudah berubah kali ini. Akibat tidak mahu timbul pelbagai isu dalaman parti yang melantik semula Supol yang kalah bertanding PRU mendapatkan semula jawatan tersebut, maka atas kepintaran Najib sendiri satu jawatan khas telah diberikan kepada calon kalah ini sebagai Pengarah Strategi Pejabat Perdana Menteri dengan tidak punyai skop khas dalam penjawatan. Jawatan yang diberikan hanyalah sekadar atas sikap lembut hati Najib Razak.

Namun, tak sangka pula dalam diam Sahlan Ismail Nasution, Pengarah Strategi PMO punyai niat tersembunyi untuk menjatuhkan Najib dari dalam pejabat Najib sendiri. Tapi sayang, Najib tak pernah sedar tentang semua ini kerana terlalu percaya apa yang dibuat dan diperkatakan oleh sahabat lamanya ini. Sehinggakan Najib melupakan yang Sahlan punyai hubungan yang terus kepada Setiausaha Agong PKR yang juga adiknya sendiri Saifuddin Ismail Nasution.

Dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Sahlan Ismail Nasution baru-baru ini, beliau berkata kepada barisan ahli mesyuarat yang hadir bahawa "ini adalah penggal terakhir Najib menjadi PM", semua hadirin yang hadir tergamam seketika apabila ungkapan tersebut dikeluarkan sendiri oleh orang kepercayaan PM yang PM anggap sebagai adik beradik. Masing-masing tidak percaya. Tapi malang tiada pula rakaman yang dibuat menyebabkan jika bercakap pun tiada bukti umpama cakap dengan pokok. Tetapi jika hendakkan saksi pasti ada di kalangan ahli mesyuarat yang boleh sahkan berita ini. Kenapa sanggup Sahlan berkata sedemikian rupa??

Oleh sebab itu jugalah yang kita sebagai rakyat Malaysia prihatin yang sudah boleh melihat dari gerakan-gerakan yang diatur untuk menjatuhkan Najib. Gerakan Anti Najib ini bukanlah diasaskan oleh pihak pembangkang kerana jika orang luar yang berperanan, dilihat punyai kepentingan peribadi. Gerakan Anti Najib ini digerakkan oleh orang dalam PMO sendiri dan MUNGKIN Sahlan turut terlibat sama. Dengan membuat keputusan untuk Najib dalam segala hal, maka rakyat sudah semakin muak dengan pentadbiran Najib Razak. Sikap Supol dan Pengarah Strategi nya dilihat punyai kepentingan jika Najib & UMNO benar-benar jatuh dan Malaysia bakal bertukar tampuk pemerintahan. Game apa yang cuba dirancang oleh tangan-tangan ghaib dalam PMO belum boleh lagi didedahkan buat setakat ini.

Kita juga sedar yang hubungan akrab antara Sahlan & Saifuddin juga bukan hanya terbatas sebagai adik-beradik, namun hubungan untuk 'win-win situation', yang mana hendak dijadikan bukti situasi menang-menang ini adalah apabila dalam PRU yang lepas Sahlan bertanding di Pokok Sena, Kedah menentang Mahfuz Omar beliau ada meminta pertolongan adiknya, Saifuddin untuk membiayai beliau dalam pertandingan kerana tidak punyai kewangan yang kukuh. Jadi sebagai situasi menang-menang Saifuddin menuntut untuk diberikan sebarang informasi berkenaan rahsia kerajaan Malaysia kepada beliau agar Saifuddin selaku orang kesayangan Anwar dapat menumbangkan kerajaan sedia ada.

Oleh kerana itu jugalah ada satu maklumat sulit yang tidak pernah didedahkan kepada orang luar, hanya orang yang rapat dengan PM sahaja tahu, telah didedahkan oleh Saifuddin baru-baru ini. Kita sudah menjangka situasi sebegini. Dan kita juga sudah bising banyak kali tentang hal ini kepada PM malah kepada orang yang rapat dengan PM namun tiada sebarang tindakan yang dibuat untuk mencegah. Apabila PARASIT ini sudah berjaya masuk kedalam pembuluh darah PM maka tidak ada apa yang mampu dilakukan. Itu semua atas kebijaksanaan PM Najib Razak sendiri.

OK! Setakat ini dahulu mukaddimah.

Akan datang ada cerita panas tentang perancangan syaitan Sahlan & Raja Arif!!!