Makin terbelit nampaknya kes Biro Tatanegara (BTN) ini setelah pendedahan demi pendehan dibuat oleh blogger-blogger dan facebooker tempatan terhadap kepimpinan utama agensi tersebut yang dibayangkan sebagai mengkhianati kerajaan.
Surat permohonan BTN menyediakan sijil kursus untuk ABIM Sabah. |
Antara
pendedahan yang dibuat ialah hubungan baik Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) dengan BTN sendiri. BTN diminta untuk menyediakan sijil
untuk Program Latihan Kepimpinan Muda anjuran ABIM dan ini mendatangkan
keraguan mengapa pula BTN diminta berbuat demikian jika tidak ada
hubungan baik antara mereka.
ABIM yang selama ini memang diketahui tidak menyokong kerajaan dan juga sarang utama melahirkan pemimpin-pemimpin pembangkang yang tegar menentang kerajaan (klik sini). Apa yang berlaku ini menimbulkan persoalan apa sebenarnya yang membuatkan BTN sanggup bekerjasama dengan ABIM dan yang paling menarik apakah tujuannya?.
Selepas
cerita mengenai BTN ini dikeluarkan, pihak-pihak dari sebelah BTN telah
mula menyerang blogger dan facebooker yang mendedahkan perkara
tersebut.
Mengapa perlu menyerang sedimikian rupa jika apa yang mereka lakukan tidak salah?.. Selepas diteliti motif sebenarnya ialah untuk mempertahankan Datuk Raja Arif selaku Ketua Pengarah BTN dan pembuat keputusan dalam agensi berkenaan (mohon pencerahan).
BTN sebenarnya tidak terlibat dalam hal ini kerana ianya hanyalah sebuah agensi sebaliknya Datuk Raja Arif sendiri harus bertanggungjawab dan menjawab persoaln yang telah menjadi perbualan ini (klik sini)
Datuk Raja Arif terus membisu seribu bahasa, tanpa menjawab terus menghantar tentera-tentera sibernya menyerang sesiapa saja yang menulis tentang dirinya. Itu secara tidak langsung menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.
Lalu pendedahan seterusnya dibuat berkenaan risalah BTN yang dikontrakkan kepada musuh. Risalah yang di sebarkan oleh Biro Tatanegara di sunting
oleh Sahlan Nasution abang kepada Saifuddin Nasution Ismail iaitu SUPOL
Najib Razak PM kita.
Kenapa kontrak percetakan di berikan kepada syarikat Ilham Baru
Publication Sdn Bhd yang berkongsi alamat dengan anak syarikat IKD
(Institut Kajian Dasar) yang di ketuai oleh Khalid Jaafar dan di biayai
oleh Kamaruddin Jaafar (pesuruhjaya PAS - Parti Islam Se-Malaysia (فاس).
IKD ADALAH THINK TANK Anwar Ibrahim.
Soalan RM 73 000.00 masih belum dijawab sudah keluar pula soalan mengapa kontrak diberikan kepada musuh? (klik sini)
Pendedahan seterusnya adalah berkenaan peruntukan RM 1 Juta (RM 1 000 000.00) yang diberikan kepada seseorang untuk sebuah program berbasikal. Bagi aku peruntukan sebanyak itu terlalu besar dan tidak masuk akal bagaimana RM 1 Juta boleh dihabiskan hanya untuk berbasikal.
Jika benar program tersebut ada, berapa jumlah sebenar membiayai program dan dimanakah bakinya? (mohon pencerahan).
Dipendekkan cerita, siapakah Ahmad Fairuz (klik sini) hingga diberikan peruntukan sebesar itu dan apa kaitannya dengan Ketua Pengarah BTN? (Mohon pencerahan sekali lagi).
Tidak habis dengan itu, timbul pula cerita baru Datuk Raja Arif menaja pula bebeapa orang yang kontroversi statusnya untuk bercuti. Dikatakan ini adalah bertujuan untuk membantunya bertanding di Parlimen Kuala Nerus.
Nampaknya kekuatan BTN juga dihalakan ke Parlimen tersebut. Mengapa?
Jawapannya (Klik Sini)
Dan pendedahan yang ini aku "copy" terus dari seorang facebooker berbuyi:
"Kawan nak mengucapkan Tahniah di atas pegesahan yang di buat oleh PANGLIMA PERANG SIBER (USTAZ ZUNNU) ketua unit media Biro Tatanegara kira macai Raja Arif lah dia ni) yang cuba menjawap beberapa isu yang facebookers dan blogger ungkit...tetapi makin menampakkan kesahihan cerita kami semua.....dah naik grade ke belum Zunnu?
Kan dah kata dah memang benar Biro Tatanegara tu tempat pembiakkan ABIM dan kader Anwar Ibrahim...
Fellow Kehormat BTN Wan Mohd Nor Wan Daud adalah bekas SETIAUSAHA SULIT Anwar Ibrahim dia ni makan keliling....gaji dengan UKM dia balun dan dia juga balun RM5,000.00 sebulan ngan BTN belum lagi cerita royalti buku yer....rezeki dia lah sebab pandai....pandai mem******......
Apaguna menjadikan dia sebagai Fellow Kehormat dan dalam masa yang sama asas BTN adalah "DALE CARNAGIE" (nanti saya terangkan apa menatang ni) dan asas itu tidak di amalkan....kalau betul nak mengambil FELLOW KEHORMAT kenapa tidak melantik Syed Naqib (mamat ni bukan orang Anwar) kenapa mesti Wan Mohd Nor (sebab dia orang Anwar)?
BTN ini telah di rosakan oleh Raja Arif, Haji Hanafi dan juga Haji Mokhtar....Raja Arif rasa dia kebal di sebabkan di belakang dia ada Sahlan dan juga dua nama lagi (nanti saya dedahkan siapa dua nama itu)....ko tunggu lah nasib malang yang nak datang tu Raja Arif oiiiiii.....
TAHNIAH Najib Razak kerana meletakkan manusia yang pernah meludah, mengkahakkan dan memijak UMNO di dalam agensi Kerajaan."
#6Kan dah kata dah memang benar Biro Tatanegara tu tempat pembiakkan ABIM dan kader Anwar Ibrahim...
Fellow Kehormat BTN Wan Mohd Nor Wan Daud adalah bekas SETIAUSAHA SULIT Anwar Ibrahim dia ni makan keliling....gaji dengan UKM dia balun dan dia juga balun RM5,000.00 sebulan ngan BTN belum lagi cerita royalti buku yer....rezeki dia lah sebab pandai....pandai mem******......
Apaguna menjadikan dia sebagai Fellow Kehormat dan dalam masa yang sama asas BTN adalah "DALE CARNAGIE" (nanti saya terangkan apa menatang ni) dan asas itu tidak di amalkan....kalau betul nak mengambil FELLOW KEHORMAT kenapa tidak melantik Syed Naqib (mamat ni bukan orang Anwar) kenapa mesti Wan Mohd Nor (sebab dia orang Anwar)?
BTN ini telah di rosakan oleh Raja Arif, Haji Hanafi dan juga Haji Mokhtar....Raja Arif rasa dia kebal di sebabkan di belakang dia ada Sahlan dan juga dua nama lagi (nanti saya dedahkan siapa dua nama itu)....ko tunggu lah nasib malang yang nak datang tu Raja Arif oiiiiii.....
TAHNIAH Najib Razak kerana meletakkan manusia yang pernah meludah, mengkahakkan dan memijak UMNO di dalam agensi Kerajaan."
Tujuan sebenar artikel ini ditulis bukanlah untuk menghentam atau menyalahkan BTN sebaliknya untuk mencari jawapan kepada persoalan yang paling besar iaitu "PENGKHIANAT NEGARA RUPANYA KETUA PENGARAH BTN".
Jangan asyik nak saman, kami golongan blogger bukan orang kaya macam kamu dan kami tidak takut untuk disaman kerana apa yang kami tulis hanyalah "persepsi". Kami mohon pencerahan, Jika tidak katakan tidak dan jika ya maka faham-fahamlah sendiri.
BTN adalah sebah agensi keramat yang telah banyak melahirkan pemimpin hebat disepanjang penubuhannya dan ianya harus dikekalkan. BTN tidak memerlukan seorang pemimpin yang "Korup" atau banyak helah dan mengelak.
Akhir kata, Tak Perlulah nak sama kerana banyak lagi perkara pelik akan menyusul selepas itu dan ianya akan lebih memalukan. Jawapan mudah kepada semua persoalan ini "BERUNDURLAH" tetapi jika semua ini hanyalah fitnah maka pertahankanlah hingga ke titisan "AIR LIUR" yang terakhir bersama bahan bukti yang lengkap. Insyaallah... ALLAH SWT sentiasa berada di pihak mereka yang benar.
No comments:
Post a Comment