Friday 23 August 2013

KETUA PEMUDA SELANGOR, DR. UNGKU SALLEH WAJIB LETAK SEMUA JAWATAN KERANA KES PUKUL!!

GEMPAR!! DR. Ungku Salleh kaki pukul bini, anak? Pelbagai kontroversi yang muncul baru-baru ini berkenaan dengan Ketua Pemuda BN Selangor ini yang tidak pernah lekang dari masalah. Setiap hari, saban tahun pasti ada isu panas yang ditimbulkan. Samada dari pihak luar mahupun diri sendiri.

Tidak tahu samada mahu mencari publisiti murahan ataupun mahu terus popular dengan masalah yang ditimbulkan sendiri dek kerana mulutnya yang suka bercakap lepas. Masih layakkah beliau menjadi Ketua Pemuda Selangor?

Soalan itu yang kerap ditimbulkan oleh beberapa rakan pemuda terutama dari Selangor. Jika dahulu, semasa kes Dr. Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor diarahkan meletak semua jawatan di dalam UMNO dan Dr. Khir Toyo akur sehinggakan pingat gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan Selangor juga dipulangkan kembali semata-mata mahu menjaga kredibiliti Dato' Seri yang diterima semasa kes nya belum lagi selesai sehingga kini.

Jadi kenapa Dr. Ungku Salleh tidak mahu melepaskan semua jawatan yang disandang??

Kes pukul isteri, anak bukanlah satu kes yang ringan. Ia boleh dikategorikan sebagai kes berat dan jenayah kerana menggunakan kekerasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Kenapa masing-masing senyap dan tidak mahu Dr. Ungku Salleh meletakkan jawatannya dari Ketua Pemuda Serdang hinggakan Ketua Pemuda Selangor? Adakah mahu Dr. Ungku Salleh membunuh baru semua nak bukak mata?

Doktor sama doktor. Jika Dr. Khir Toyo boleh jadi gentlemen dengan meletakkan kesemua jawatan dalam parti, apa istimewanya dengan doktor seorang ini? Dr. Ungku Salleh juga seharusnya punya 'telur' untuk meletakkan jawatan. Tak kan nak meroyan pasal Ketua Pemuda Selangor sehingga pemilihan?

Semenjak Dr. Ungku Salleh mengambil alih tampuk pemerintahan pemuda negeri dari Ghazali, ingatkan pemuda Selangor boleh jadi semakin berani dan sokongan terhadap parti lebih meriah namun lagi gagal. Sudahlah Selangor sudah kalah, sokongan orang muda pula menurun sebab tiada strategi yang khusus dalam menarik sokongan belia remaja. Habis apa fungsi Dr. Ungku Salleh?

Fungsi Dr. Ungku Salleh di dalam jawatan Ketua Pemuda Selangor hanyalah mahukan peruntukan yang berjuta-juta diturunkan oleh UMNO Selangor. Semasa PRU13, di mana kelibat Dr. Ungku Salleh di kawasan? Adakah merajuk kerana tidak dicalonkan menjadi wakil rakyat? Boleh rujuk SINI.

Sebabkan sakit hati dengan DS Noh Omar dan Zin Badak kerana tidak tercalon, maka Dr. Ungku Salleh lepaskan geram pulak dengan blogger UMNO. Perangai budak-budak apa yang cuba dimainkan oleh Dr. Ungku Salleh ni? Boleh rujuk SINI.

Rasanya Dr. Ungku Salleh ni sudah tidak relevan lagi dalam UMNO Selangor. Macam mana seorang kaki pukul anak, bini masih boleh diangkat menjadi pemimpin? Sedangkan Anwar jenis pukul belakang lelaki kita tolak inikan jenis ringan kaki tangan pukul wanita dan kanak-kanak.

Masih ada lagi ke yang nak pertahankan Dr. Ungku Salleh ni? Kepada Dr. Ungku Salleh, harap berundurlah dengan terhormat. Ada tak bertambah, tak ada tak berkurang.

p/s: Errrmmm... Doktor yang Ungku Salleh dapat ni dia belajar kat mana?hihihi

1 comment: