Tuesday 8 October 2013

HANCUR BIRO TATA NEGARA KERANA BERTUANKAN RAJA ARIF LAKNAT!!!

Hari ini  terbukti bahawa kumpulan usrah di Rumah Meranti telah diberikan ganjaran kenaikan gred dua kali setahun dan ada yang naik Gred 44, ada yang naik Gred  48 dan ada yang naik Gred  52 dan bila rangkaian ABIM menguasai BTN  terdapat pegawai yang baru bertugas di BTN tidak sampai pun dua tahun dinaikan Gred sehingga dua kali setahun.Hebat! Tidak kurang juga terdapat Pengarah BTN di peringkat Bahagian dan Negeri di singkirkan kerana mereka bukan Jemaah ABIM dan tidak hadir Usrah di Rumah Meranti,Jalan Bellamy.

Pengarah BTN yang tidak sehaluan baik dengan Ketua Pengarah,Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran),ada yang diturunkan pangkat,dipecat ataupun meletak jawatan sebagimana Pengarah Pulau Pinang dan ketika ini 3 Stooges ini sedang berusaha untuk menukar Pengarah BTN Perak untuk digantikan dengan kroni mereka sehingga dikatakan mereka melaga-lagakan antara Pengarah BTN Perak dengan Zambry Kadir.Gila dah puak ni!

Malah dalam isu Razali Ibrahim,kita pernah menulis di sini bahawa Ketua Pengarah BTN akan sabotaj Timbalan Menteri kerana mereka tidak sehaluan dan kemesraan yang mereka tunjukkan di depan ramai adalah sebuah kepura-puraan dari Ketua Pengarah BTN.Kita harap Razali Ibrahim jangan senasib dengan Ahmad Maslan yang berjaya diperbodoh-bodohkan oleh orang-orang yang berkepentingan dalam BTN.

Maklumat yang diterima dan mungkin diketahui oleh Razali Ibrahim  bahawa Ketua Pengarah BTN dikatakan  telah mengarahkan seseorang dari Kedah yang dikenali sebagai Tenaga Penggerak BTN untuk menjalankan gerakan sabotaj Razali Ibrahim dalam pemilihan UMNO yang bakal berlangsung nanti. Baca lagi di SINI.

No comments:

Post a Comment