Tuesday 8 October 2013

PANAS!! PENGARAH STRATEGIK PM SALAH GUNA KUASA DALAM PEMILIHAN UMNO 2013!!!

SHAHLAN Ismail, Pengarah Strategik di Pejabat Perdana Menteri telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya di Pejabat Perdana Menteri untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena.

Shahlan yang merupakan ahli UMNO Cawangan Bukit Yong, Bahagian Pasir Puteh telah dipindahkan "secara haram" ke Pokok Sena semata-mata untuk membolehkannya merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena.

Shahlan hanaya membawa sekeping surat yang didakwa ditandatangai oleh Setiausaha Agung UMNO untuk menggesa semua ahli UMNO Cawangan Kampung Palas, Bahagian Pokok Sena menerimanya sebagai ahli baru di cawangan tersebut.

Padahal, nama Shahlan Ismail langsung tiada dalam senarai ahli cawangan Kampung Palas sehinggalah nama Shahlan tiba-tiba muncul dalam senarai ahli pada 13 September 2013 yang lepas.

Akibat gila kedudukan dan kuasa, Shahlan sanggup menyalahgunakan surat khas dari Setiausaha Agung UMNO bagi membolehkannya merebut jawatan di Pokok Sena.

Ramai ahli UMNO di Pokok Sena kecewa dengan Shahlan kerana selepas pilihanraya dia terus tidak menjawab sebarang panggilan telefon. Memang patut pun Mahfuz Omar dan Lebai Sudin berpakat untuk kalahkan Shahlan di Pokok Sena.

Angkara mahu jawatan dan kuasa, UMNO Cawangan Kampung Palas tidak dapat bermesyuarat sampai sekarang.

Shahlan kini sedang berusaha untuk menikam kembali Lebai Sudin di Pokok Sena. Dalam tidak sedar, Shahlan sendiri tidak layak pun bertanding dalam pemilihan UMNO nanti, namun diberikan juga keistimewaan khas untuk bertanding.

Jangan salahkan orang Pokok Sena kalau depa pangkah Mahfuz. Kerana perangai orang UMNO sendiri yang salah guna kuasa macam Shahlan, ramai orang pangkah PAS.

1 comment:

  1. ....abang cari makan dalam UMNO...adik pula cari makan dalam PKR....musuh UMNO....

    ReplyDelete